Search This Blog

Tuesday, 18 June 2013

Mudahnya menjemput rezeki

Assalamualaikum...

Baca tajuk mesti korang ingat sy nak cakap pasal buku ni kan.

Tapi sebenarnya saya nk bg tau cara yg lagi senang nak jemput rezeki. X perlu keluar duit pun utk beli buku. Nak tau camne??...senang je...caranya...

Marilah kita sama menunaikan solat sunat Dhuha. Insyaallah mudah nk jemput rezeki.

Dhuha adalah waktu kira2 setengah jam selepas syuruk. Disunatkan kita menunaikan solat sunat dhuha. Ia boleh dikerjakan 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Waktu menunaikannya adalah bermula setgh jam slps syuruk hingga 11.30 pg.

Banyak kelebihan bg org yg menunaikan solat sunat Dhuha. Antaranya ialah dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Cara2 menunaikan n detail2 lain tentang solat dhuha boleh rujuk kt link ni http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/.

Saya nak ajak kawan2 n diri saya juga, jom lah kita sama2 luangkan masa utk menunaikan solat dhuha. X lama pun. Boleh buat 2 rakaat yg paling skit. Walaupun kita x jadi kaya raya, tp Insyaa Allah kita akan sentiasa rasa cukup dgn nikmat rezeki yg Allah bg kat kita. X la kita ni asyik mengeluh x cukup duit je kan..hehe..

Ni sy nk kongsi video doa solat sunat dhuha. Sama2 kita amalkan.

Monday, 17 June 2013

akukah musafir itu

Assalamualaikum...

Bercerita tentang kehidupan...hidup ini adalah satu perjalanan panjang menuju 1 destinasi...sama ada syurga atau neraka?..

Musafir?..sedarkah kita? kitalah musafir yg sedang berjalan di atas muka bumi Allah ini. Teruslah berjalan tanpa henti. Ketahuilah bahawa dlm kita menempuh perjalanan ini, pelbagai perkara yg akan kita tempuhi. Bersabarlah dgn kepahitan kerana syurga itu manis.

Jangan kita terlalu memikirkan sesuatu yg menimpa diri sehingga kita berhenti dari meneruskan langkah. Dunia ini hanya pinjaman dan sebagai jambatan menuju akhirat. 

Tidak perlu terlalu sedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang. Kita patut sedar hakikat bahawa semasa kita dilahirkan, kita tidak punya apa2. Segala kebahagiaan, kemewahan yg kita ada hari ini adalah pinjaman dari Allah. Ingat, benda yg kita pinjam, kita kena pulangkan. X bleh jadikan ia hak milik kita.  

Bersyukur dengan nikmat yg diberi. Tabah dengan apa yg datang menguji. Mahu atau tidak, kita harus meneruskan perjalanan ini. Suatu hari nanti kita akan disoal tentang jalan yg kita lalui. Oleh itu buat lah pilihan yg tepat supaya kita tidak menyesal dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.


Bersama kita hayati lirik ini. Moga kita terus kuat dan tabah berada di jalan ini.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


INGATLAH...Allah tidak memandang pada hasil..tetapi Allah memandang sejauh mana usaha yg kita lakukan. Bahagia dirimu dgn membahagiakan manusia di sekeliling kamu. Insyaallah  moga diredhai oleh Nya.

Sunday, 16 June 2013

Istikharah

Assalamualaikum...

Nak bg tau skit. Lagu dlm blog ni tajuknye istikharah cinta. Oh ye.. sebut tentang istikharah ni. Ramai org slalu kata istikharah ni untuk jodoh. Hakikatnya, bukanlah time cerita pasal jodoh je baru teringat nak buat solat istikharah. 


Ni penerangan tentang kepentingan menunaikan solat istikharah dalam hidup seseorg muslim. Saya amek dari sumber2 yg sahih dan boleh dipercayai.

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Pada kawan2 yg tgh dlm mood exam, sama mcm saya boleh la buat solat istikharah ni hari2. Mudah-mudahan Allah permudahkan dlm menjawab soalan. Mana la tau kot2 bleh mimpi soalan yg bakal ditanya ke. Kan best camtu, bleh study soalan tu siap2.
All the best!!
Semoga kita terus berjalan tanpa henti menuju syurga Ilahi diiringi rahmat n kasih sayang dari Allah swt. Insyaallah..

Monday, 10 June 2013

Hargai aku

Assalamualaikum..

Hargai aku ni tajuk lagu nyanyian Armada Band. Tgh dok tgk2 youtube terjumpa lagu ni. padahal lagu ni da lame da pun. tgk view sampai 12 juta, ramai kot. Tu yg teringin gak nak dgr. Best sangat ke lagu ni. Ok la. Best jugak. Ni lirik lagu ni.

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Bila hayati btol2 lirik ni sbnrnya die ade makna yg tersendiri. Try tgk part ni..
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Dari sini kita tau kita kne slalu muhasabah diri. Ingat kita ni hamba, sama je nilai kita di sisi Tuhan.  Hanya ketaqwaan yg membezakan kita semua. 
Jgn cepat menilai n pandang rendah pd org lain. Setiap manusia yg Allah cipta ade kelebihan masing2. Jadi hargailah manusia2 di sekeliling kita. Hidup kita sekali je. Rugi kalau kita sia2kan dgn membenci n mengutuk org. Tapi mmg sifat manusia, aib org kita nampak..tapi aib sendiri buat2 x nampak.
Pesanan buat diri yg suka nk judge org. "jgnlah kita menilai manusia hanya dgn melihat luaran sahaja, sbb kita x tau ape sebenarnya yg mereka alami".
Cuba letakkan diri kita kt tmpt org yg kita judge tu, mungkin ade sebab kenapa dia buat cam tu. Kita tak tau ape2, so jgn pandai2 nk mengata. Try to put yourself in their shoes. then, u will know what actually they're going through. 

Thursday, 6 June 2013

~~Che' MOOD~~

assalamualaikum...

Eh, hari ni da 6/6 la...nx week exam...oh no!!!...byk lagi xde study..da tau asl x stdy??

Kenapa xnk study???...cer cter skit...hehe...jawapan lazim...XDE MOOD...

haila che' mood, tlg lah dtg...jgn la main sorok2...

Hai kau ni..nk study pn kena tggu ade mood?..tanya sorg kawan...
Of course la..klu xde mood x masuk la ape yg aku nk study...jawabku.

Ye sgt la tu...konon2 klu xde mood xmasuk la nk study...abis tu nk tggu sampai ble nk ade mood?? sampai abis exam??...baru che' mood nk dtg??..ha??..


Da la tu...jgn diikut sgt..tu bukan mood...tapi MALAS...hehe..

Study2...jgn bazir mase..x baik membazir la...amalan syaitan tu...

Try wat cani...confirm che' mood dtg..hehe


ok..good luck semua!!!...all da best for your exam...

Wednesday, 5 June 2013

Nutella

Assalamualaikum...

Ha...ckp pasal nutella ni...mesti ramai yg suka kan??...tp korg tau x ape kandungan nutella tu??...

Nutella x bleh di claim chocolate spread sbb kandungan cocoa dlm nutella skit je. Main ingredient die palm oil n hazelnut. Kita tertipu selama ni rupa2nye. 

Ape yg saya nk kongsi sbnrnye nutella ni bukanlah health food sbb die ade kandungan fat yg tinggi. Company yg wat nutella ni claim diorg gune modified palm oil. Modified palm oil ni sbnr nye refer pd saturated fat tp modified yg company ni maksudkan adlh trans-fat. Saturated fat ni kalau kita consume dlm amount yg sederhana die bagus sbb ade fungsi tertentu dlm badan tp trans-fat sgtla x baik utk kesihatan kte. Bleh mnyebabkan mcm2 penyakit cm heart disease cthnye. 

Tp kalau kte bace nutritional label die kate free trans fat. hakikatnye mmg ade trans fat tu. Ok..kenapa saya ckp cmtu...sbb palm oil tu melting point die sgt rendah about 33-37oC klu xsilap...n dekat2 nk sama ngn room temperature kan... So, utk memastikan nutella sentiasa in solid form kena la wat hydrogenation process. Bila tambah H byk2 jd la trans fat yg sgt buruk kesannya pada kesihatan kita. 

Jd, fikir2 la dlu sblm nk mkn nutella tu ye. Jgn igt die bagus cm chocolate sbb cocoa skit sgt dalam tu. Lebihnya minyak (palm oil).





Sunday, 2 June 2013

Hidup terasa bosan??

assalamualaikum...

Ada x kdg kita rasa bosannya hidup ni???...kalau ade tu cepat2 la kita buang perasaaan tu...cari something yg berfaedah yg bleh hilangkan rasa boring tu.


Bosan ni x leh nk ikut sgt...nnt 1 keje pun x jadi.

Ni saya nak kongsi 1 tip utk hilangkan kebosanan yg melanda diri..

Kalau bosan kan..kita wat je ape yg kita rase nak wat...nk tido ke..makan ke..atau ape2 je la...tapi jgn lupa lps wat tu...pikir yg positif je pasal perkara2 yg kita buat td...

Katakanlah korg tgk movie kan...cuba nilai ape benda2 positif yg korg leh dpt ble tgk cter tu..Percayalah kita boleh belajar byk benda dgn hanya menonton / mendengar kisah org lain.

Belajar tu x semestinye kena bukak buku. Kita pandang alam ciptaan Allah ni pun kita belajar sbnrnye. Cuma mcm mane kita pndg benda tu. Kena critical thinking la skit. Jgn amek mudah n pandang sekadar suka2 je. X guna la cmtu kan??...

Ha...lg 1...beberapa ari lepas sy ade bac 1 buku ni...mmg best la...tajuknya 'kyoumi no cikara'...kuasa minat...bila kita wat something yg kita mmg minat, i'allah xde istilah bosan dlm hidup kita. tapi pastikan minat tu menjadikan kita org yg positif dlm setiap tindakan ye...
Sy suggest korg baca buku ni klu nk tau pasal kuasa minat..


ok lah nak sambung wat assignment yg xsiap2 lg ni...

Renung2kan n selamat beramal...;)