Search This Blog

Monday, 4 March 2013

salah aku ke?

assalamualaikum...

bertemu di ruangan maya lagi..kali ini lepas ape yang saya sendiri da putuskan, saya yg rasa bersalah.

Saya xnak dia berharap pada sesuatu yg x pasti, so saya decide mintak die jgn contact saya lagi & saya da unfriend pun kat facebook. Mungkin kalau saya tanya pendapat kawan2 mesti ramai yang x setuju. kenapa biar dia tunggu almost 4 years n lastly wat keputusan yang mcm ni. 

Entahlah...saya xtau jawapan yang terbaik untuk soalan ni. " Kawan je la cam biasa"..itu antara kata2 sorg kawan saya. Kalaulah kalian faham apa yg saya rasa n fikir, mesti kalian akan sokong tindakan saya. Memang pada mulanya saya rasa x bagus apa yg saya buat ni...seolah-olah memutuskan silaturrahim sbb trus xnk kawan.. Tapi istilah 'kawan' untuk lelaki & perempuan yg memang pada awalnya da ada niat utk jadi lebih dari kawan akan kekal sampai bila agaknye ye??

Jadi, sebelum kita menyalahkan antara 1 sama lain lebih baik kte xyah kawan dulu wat masa ni. 

Sesungguhnya saya x mahu jatuh dalam jurang cinta yang murah. Saya xnak meletakkan rasa dalam hati pada seseorg yang belum halal untuk saya. Biarlah semua orang marah asalkan Allah xmarah. "Ini Semua Poyo"..hehehe...itulah yang saya rasa sebenarnya bila tulis camni...tapi..Allah knows everything.

Janganlah kita takut untuk melepaskan cinta yang tidak halal bagi kita hanya kerana takut lepas ni da xde org nak kat kita lagi...tapi yakinlah pada Allah.. Saya pernah terbaca dalam 1 artikel..." Sesungguhnya mereka yang mengharapkan manusia lebih dari berharap pada Allah, sedarlah bahawa keyakinan kita pada Allah belum cukup dalam lagi". Percaya n yakinlah pada Allah. Insyaallah Dia telah mengaturkan life planning yg terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.

 

Awak, saya tau awak selalu cuba jadi yang terbaik...berubahlah kerana Allah...kerana DIA pasti menyayangimu...jangan sesekali kau berubah kerana manusia, kelak nnt mereka akan pergi meninggalkanmu. 
Insyaallah segalanya ada dalam perancangan Yang Maha Mengetahui.  

Thursday, 28 February 2013

aku ingin menjadi penulis ( I want to be a writer)

assalamualaikum...


setelah hampir 2 bulan create blog, hari ni baru berkesempatan semula untuk menulis.Lihat saja pada title entri ini...Aku ingin jadi seorang penulis telah lama terpendam dalam minda dan pemikiran saya. Untuk membuat impian saya tercapai, saya create blog ini sebagai wadah untuk menulis apa sahaja yang saya fikir insyaallah dapat memberi manfaat kepada manusia di sekeliling saya, kerana sebaik-baik manusia adalah yang byk membari manfaat kepada manusia lain. saya cuba mencari peluang dari sudut manakah saya boleh berkongsi sedikit pengalaman dan pandangan yang ada bersama rakan2.

Untuk bercerita, mungkin saya kurang skill utk tarik perhatian audien untuk mendengar namun apabila menulis insyaallah suatu hari nanti pasti ada yang membaca. Selepas saya mendengar kata2 motivasi n ceramah daripada Prof Dr Muhaya, saya mula berazam untuk menjadi manusia yg byk manfaatnya pada ummah supaya apabila saya berada di luar dari alam dunia ini, sekurang-kurangnya saya pernah menitipkan sedikit kata2 yg saya harap dapat memberi impak positif dlm diri seorang insan. mengubah persepsi masyarakat bahawa yg selalu kena berdakwah adalah ustaz n ustazah sahaja tidaklah mudah tetapi seorang pakar mata telah membuktikan bahawa siapa pun kita didunia ini, kita ada peranan n tanggungjawab masing2. 

Never look down on power of one men ( jgn pernah memandang rendah pada tindakan seorang manusia). 


Dalam kita membuat sesuatu pekerjaan buatlah dgn ikhlas dan terbaik kerana INGATLAH Allah tidak menilai pada apa yg kamu dapat (hasil) tetapi Allah melihat apa yang kamu buat (usaha). Insyaallah saya akan sambung entri berikutnya. Moga Allah redha dgn perlakuan hamba yg sentiasa mengharapkn rahmat n kasih sayangNYA ini.

Wednesday, 2 January 2013

Aku Pengemis Cinta


Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.
 
Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.
 
Aku merayu,
Nyah kau cinta fantamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.
 
 
 
Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan goda nafsu ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari. 

Wednesday, 19 December 2012

ambillah waktu....walau sekejap..


"Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan.Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah musik yang menggetarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti.Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."