Search This Blog

Monday, 17 June 2013

akukah musafir itu

Assalamualaikum...

Bercerita tentang kehidupan...hidup ini adalah satu perjalanan panjang menuju 1 destinasi...sama ada syurga atau neraka?..

Musafir?..sedarkah kita? kitalah musafir yg sedang berjalan di atas muka bumi Allah ini. Teruslah berjalan tanpa henti. Ketahuilah bahawa dlm kita menempuh perjalanan ini, pelbagai perkara yg akan kita tempuhi. Bersabarlah dgn kepahitan kerana syurga itu manis.

Jangan kita terlalu memikirkan sesuatu yg menimpa diri sehingga kita berhenti dari meneruskan langkah. Dunia ini hanya pinjaman dan sebagai jambatan menuju akhirat. 

Tidak perlu terlalu sedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang. Kita patut sedar hakikat bahawa semasa kita dilahirkan, kita tidak punya apa2. Segala kebahagiaan, kemewahan yg kita ada hari ini adalah pinjaman dari Allah. Ingat, benda yg kita pinjam, kita kena pulangkan. X bleh jadikan ia hak milik kita.  

Bersyukur dengan nikmat yg diberi. Tabah dengan apa yg datang menguji. Mahu atau tidak, kita harus meneruskan perjalanan ini. Suatu hari nanti kita akan disoal tentang jalan yg kita lalui. Oleh itu buat lah pilihan yg tepat supaya kita tidak menyesal dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.


Bersama kita hayati lirik ini. Moga kita terus kuat dan tabah berada di jalan ini.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


INGATLAH...Allah tidak memandang pada hasil..tetapi Allah memandang sejauh mana usaha yg kita lakukan. Bahagia dirimu dgn membahagiakan manusia di sekeliling kamu. Insyaallah  moga diredhai oleh Nya.

No comments:

Post a Comment