Search This Blog

Friday, 26 July 2013

Youth Ramadhan Countdown~part 2~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni genap 16 hari kita menempuh Ramadhan bulan yg berkat. Moga Allah memberi kesempatan pada kita untuk sampai ke penghujung Ramadhan ini dan dapat bertemu Lailatul Qadr.

Insyaallah entry kali ni saya nak sambung pasal ape yg Bro Fatih cakap ari tu...people make mistake..
Dalam kita melalui perjalanan dlm kehidupan pasti ade kalanya kita tersilap langkah dan tersasar membuat pilihan..namun ketahuilah kesalahan n kesilapan ini yg mematangkan diri n menjadikan kita terus tabah n kuat.

Jangan kita memandang rendah dan menghina mereka yg membuat salah kerana kita semua manusia biasa yg tidak lari dari melakukan dosa. Kita ni bukan nabi yg maksum, xde dosa. Tapi sedarlah hakikat bahawa setiap org berhak mendapat pengampunan dan kemaafan. 

Katakanlah hari ni kita jadi kakak/abg , marah adik2 sebab degil...kita ni dulu masa kecik2 baik sgt ke? x degil?..same la kan...kita pun degil jugak dulu...melawan cakap mak ayh jugak...tapi semakin kita meningkat dewasa, kita da boleh fikir buruk baik perkara yg kita buat. Mak ayh kita bg peluang kat kita utk berubah n x terus hukum kita disebabkan salah yg kita penah buat dulu. kenapa??..sebab people make mistake. At the same time, they have the right to be forgiven.

Jadi, jgnlah cepat nak marah n melenting kalau adik2, kawan2 or org sekeliling kita buat salah...sebab mungkin kita pun akan buat kesalahan yg sama. Bagi peluang utk diorg sedar kesilapan yg diorg buat dgn memaafkan salah silap tu.

Lagipun, buat salah ni proses dlm kita menjalani kehidupan..yg penting, jgn ulang kesilapan yg sama.

So, dalam fasa ke 2 Ramadhan ni, sama2lah kita minta ampun n maaf dari Allah s.w.t n org sekeliling kita atas dosa2 kita selama ni. Siapa tau mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita?...mohonlah keampunan sebelum terlambat...semoga kita x tergolong dlm kalangan org2 yg rugi...amin..

Setakat ni dulu entry kali ni...Salam Ramadhan Kareem...selamat memburu Lailatul Qadr. Moga kita diberi peluang utk menggapainya...insyaallah..


Thursday, 4 July 2013

Youth Ramadhan Countdown~~part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana berpeluang mengikuti program Youth Ramadhan Countdown 2013 semalam. Forum yang  bertajuk keindahan Al-Quran @ beauty of Quran disampaikan 2 ahli panel yang hebat, Imam Muda Aran n Brother Fatih Seferagic.

Syukur sbb banyak ilmu yg dapat didengar n difahami, insyaallah. So, saya nak share la sikit apa yg saya dapat n point penting utk kita amalkan dalam hidup kita esp buat anak2 muda remaja, supaya masa muda kita tidak terbazir dgn perkara yg sia2, insyaallah mudah2an.

Firstly, saya nk bagi tau skit la pada sesiapa yg masih x kenal siapa Bro Fatih ni. Fatih Seferagic merupakan seorang remaja berusia 18 tahun. Beliau ni mmg hebat. telah menghafaz Al-quran pada usia seawal 12 tahun n bacaannya sangatlah menenangkan hati mereka yg mendengarnya. Kalau nk dgr boleh lah cari kat youtube atau facebook page beliau.

Dari forum yang saya dengar semalam..Berdasarkan apa yg bro fatih cakap la kan...perkara yang paling penting bagi kita sebagai manusia terutamanya umat Islam adalah mencari sebab kenapa kita pilih Islam. Kita lahir dalam keadaan Islam sbb parents kita Islam n kita dibesarkan dalam surrounding yg majoritinya Islam. Jadi kita selesa dgn apa yg kita ade.

Hakikatnya, bila kita terlalu selesa dgn sesuatu perkara, kita lupa n leka untuk mencari makna dalam perkara itu. Contohnya, kita dah biasa hidup dalam terang, ada lampu. Kita xkan sedar pentingnya cahaya hinggalah berlakunya black-out. Time tu la kita akan tercari-cari mana hilangnya cahaya yang selama ni membantu kita melihat dlm gelap.

Samalah jugak dgn Islam. saya percaya yg semua org tau Islam is the way of life. Tapi kenapa ye? Ramai yg tau tapi x amalkan. Sbbnya...kita x cari ape pentingnya Islam. Ye la kan kalau da lahir2 trus islam..of course la kita just follow ape yg da diajar dari kecik. Kadang2 tu kita x faham pun...tapi sbb org lain buat, kita pun buat je la.

Jadi, bro fatih kate...kita kena cari something yg mendatangkan rasa cinta pada Islam. Setiap org ade satu perkara dalam Islam yg menyebabkan dia tertarik dgn Islam n nak mendalami perkara tersebut. Salah satu cadangan beliau..he suggest that we study the Quran. Insyaallah we will find the beauty of Islam.

Bila kita da kenal, faham n suka dgn seseorang...selalunya kita kan ikut ape je yg mereka katakan. Contoh paling senang, bila kita be tul2 sayangkan mak ayah kita, kita akan ikut ape je yg mereka kata. Jarang kita nak persoalkan. Bila parents kita kate jgn buat, mesti kita x buat sbb kita xnk diorg kecewa dgn kita kan... samalah konsep dgn sayang Allah n Rasul. Bila kita sayang, kita xkan persoal perkara yg disuruh dan dilarang.

Ok lah...sampai sini dulu entry kali ni...Insyaallah ade sambungan, people make mistakes utk entry next time...byk lagi nk dikongsikan ni...

#carilahmaknahidup#

Saturday, 29 June 2013

suatu hari nanti

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah berhempas pulas berjuang menghadap 5 paper berturut-turut...finally, tamat juga sem 6...boleh la rileks dalam seminggu dua ni before start pulun untuk thesis pulak.


moga2 suatu hari nanti impian saya untuk bergelar doktor tercapai. X dapat jd dr perubatan, dr falsafah pun ok what...bukan senang tau.


Suatu hari nanti??...korang tau tak, impak untuk satu hari nanti tu bermula dgn hari ini. Kalau kita hanya sekadar bercakap tapi takde tindakan...nothing will happen coz... 


bila kita cakap pasal impian pun kita kena bertindak sekarang untuk berjaya...apatah lagi bila bercakap hal nak berubah jadi manusia yg lebih baik...kita selalu dengar orang cakap ayat ni bila nampak org buat baik... " satu hari nanti aku nak jadi macam dia la"...then, bila ade orang tanye...bila kau nak berubah ni??...ala..nanti2lah... Yakinkah kita akan ade masa dan ketika untuk kita menanti?.. Sedangkan mati.. boleh jadi kejap lagi..


so, mari sama2 kita renung kembali diri sendiri....dalam diri kita ni kalau dah ade rase untuk berubah menjadi yg lebih baik...silalah terus bertindak. Lagi lama kita fikir, lagi byk yg akan menghalang niat suci murni tu. 

Kesimpulannya....this is what I am trying to do right now...




Wednesday, 19 June 2013

mineral water vs drinking water

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi skit pasal air yg kita minum...nak tau pasal ape? ape yg saya nk bg tau ni saya belajar masa kelas nutrition.

Mineral water vs drinking water??


Mana yg lagi bagus utk kita minum? mungkin ramai yg fikir mestilah mineral water yg bagus kan...sbb ade mineral...mmg btol tapi...lecturer saya kata, kita x bleh minum air mineral kerap sangat...kenapa??

Sebabnya dalam air mineral kan banyak mineral...mineral ni mmg diperlukan oleh badan kita...tapi dalam amount yg sedikit je...bila dalam badan kita ni terlebih mineral, ia akan jadi toxic pd badan kita.

Cuba kita fikir ye...kalau la setiap kali kita nk minum air, kita minum air mineral, agk2 brape byk mineral dlm badan kita?.. tu belum termasuk makanan lain yg kita makan yang ade mineral jugak kan.

Air sangatlah penting untuk kita. Jadi, kita kena byk minum air. Untuk mengelakkan terjadinya penghasilan toxic yg byk dalam badan, minumlah drinking water atau air minuman. Tapi xsedap. Mmg btol pun sbb air tu kosong xde ape2...sekadar H2O je..mmg la tawar...tapi kita nk sedap ke nk sihat??...fikir2 lah ye.



Oh ye...lg 1...kalau kita minum mineral water, jgn sesekali kita masak/boil mineral water ye...sbb mineral dalam air tu akan jd stone (batu) n boleh merosakkan buah pinggnag atau dgn kata lain menyebabkan kidney failure.

So, kalau pergi supermarket tu beli la drinking water n bukan mineral water. Cam ne nak beza drinking water n mineral water ni??..senang je..kalau penutup botol putih (drinking water)...kalau biru (mineral water)..

Ok setakat ni je la saya nak share. Kesimpulannya, bukan x bleh minum mineral water, boleh je nak minum...tapi jgn la byk2..drinking water xpe..byk mane pun bleh. Lagipun jimat belanja minum drinking water ni...ye la kan...kalau air mineral, kita kena beli, mane bleh buat sendiri...tapi air minuman senang je...masak je air dari paip rumah tu..jimat duit beli air.

Kalau korg x caye ape yg sy share ni..korg bleh bace link ni...mineral overdoses can be toxic, even deadly...takut kan??..http://www.dummies.com/how-to/content/mineral-overdoses-can-be-toxic-even-deadly.html

Tuesday, 18 June 2013

Mudahnya menjemput rezeki

Assalamualaikum...

Baca tajuk mesti korang ingat sy nak cakap pasal buku ni kan.

Tapi sebenarnya saya nk bg tau cara yg lagi senang nak jemput rezeki. X perlu keluar duit pun utk beli buku. Nak tau camne??...senang je...caranya...

Marilah kita sama menunaikan solat sunat Dhuha. Insyaallah mudah nk jemput rezeki.

Dhuha adalah waktu kira2 setengah jam selepas syuruk. Disunatkan kita menunaikan solat sunat dhuha. Ia boleh dikerjakan 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Waktu menunaikannya adalah bermula setgh jam slps syuruk hingga 11.30 pg.

Banyak kelebihan bg org yg menunaikan solat sunat Dhuha. Antaranya ialah dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Cara2 menunaikan n detail2 lain tentang solat dhuha boleh rujuk kt link ni http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/.

Saya nak ajak kawan2 n diri saya juga, jom lah kita sama2 luangkan masa utk menunaikan solat dhuha. X lama pun. Boleh buat 2 rakaat yg paling skit. Walaupun kita x jadi kaya raya, tp Insyaa Allah kita akan sentiasa rasa cukup dgn nikmat rezeki yg Allah bg kat kita. X la kita ni asyik mengeluh x cukup duit je kan..hehe..

Ni sy nk kongsi video doa solat sunat dhuha. Sama2 kita amalkan.

Monday, 17 June 2013

akukah musafir itu

Assalamualaikum...

Bercerita tentang kehidupan...hidup ini adalah satu perjalanan panjang menuju 1 destinasi...sama ada syurga atau neraka?..

Musafir?..sedarkah kita? kitalah musafir yg sedang berjalan di atas muka bumi Allah ini. Teruslah berjalan tanpa henti. Ketahuilah bahawa dlm kita menempuh perjalanan ini, pelbagai perkara yg akan kita tempuhi. Bersabarlah dgn kepahitan kerana syurga itu manis.

Jangan kita terlalu memikirkan sesuatu yg menimpa diri sehingga kita berhenti dari meneruskan langkah. Dunia ini hanya pinjaman dan sebagai jambatan menuju akhirat. 

Tidak perlu terlalu sedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang. Kita patut sedar hakikat bahawa semasa kita dilahirkan, kita tidak punya apa2. Segala kebahagiaan, kemewahan yg kita ada hari ini adalah pinjaman dari Allah. Ingat, benda yg kita pinjam, kita kena pulangkan. X bleh jadikan ia hak milik kita.  

Bersyukur dengan nikmat yg diberi. Tabah dengan apa yg datang menguji. Mahu atau tidak, kita harus meneruskan perjalanan ini. Suatu hari nanti kita akan disoal tentang jalan yg kita lalui. Oleh itu buat lah pilihan yg tepat supaya kita tidak menyesal dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.


Bersama kita hayati lirik ini. Moga kita terus kuat dan tabah berada di jalan ini.

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


INGATLAH...Allah tidak memandang pada hasil..tetapi Allah memandang sejauh mana usaha yg kita lakukan. Bahagia dirimu dgn membahagiakan manusia di sekeliling kamu. Insyaallah  moga diredhai oleh Nya.

Sunday, 16 June 2013

Istikharah

Assalamualaikum...

Nak bg tau skit. Lagu dlm blog ni tajuknye istikharah cinta. Oh ye.. sebut tentang istikharah ni. Ramai org slalu kata istikharah ni untuk jodoh. Hakikatnya, bukanlah time cerita pasal jodoh je baru teringat nak buat solat istikharah. 


Ni penerangan tentang kepentingan menunaikan solat istikharah dalam hidup seseorg muslim. Saya amek dari sumber2 yg sahih dan boleh dipercayai.

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Pada kawan2 yg tgh dlm mood exam, sama mcm saya boleh la buat solat istikharah ni hari2. Mudah-mudahan Allah permudahkan dlm menjawab soalan. Mana la tau kot2 bleh mimpi soalan yg bakal ditanya ke. Kan best camtu, bleh study soalan tu siap2.
All the best!!
Semoga kita terus berjalan tanpa henti menuju syurga Ilahi diiringi rahmat n kasih sayang dari Allah swt. Insyaallah..

Monday, 10 June 2013

Hargai aku

Assalamualaikum..

Hargai aku ni tajuk lagu nyanyian Armada Band. Tgh dok tgk2 youtube terjumpa lagu ni. padahal lagu ni da lame da pun. tgk view sampai 12 juta, ramai kot. Tu yg teringin gak nak dgr. Best sangat ke lagu ni. Ok la. Best jugak. Ni lirik lagu ni.

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Bila hayati btol2 lirik ni sbnrnya die ade makna yg tersendiri. Try tgk part ni..
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Dari sini kita tau kita kne slalu muhasabah diri. Ingat kita ni hamba, sama je nilai kita di sisi Tuhan.  Hanya ketaqwaan yg membezakan kita semua. 
Jgn cepat menilai n pandang rendah pd org lain. Setiap manusia yg Allah cipta ade kelebihan masing2. Jadi hargailah manusia2 di sekeliling kita. Hidup kita sekali je. Rugi kalau kita sia2kan dgn membenci n mengutuk org. Tapi mmg sifat manusia, aib org kita nampak..tapi aib sendiri buat2 x nampak.
Pesanan buat diri yg suka nk judge org. "jgnlah kita menilai manusia hanya dgn melihat luaran sahaja, sbb kita x tau ape sebenarnya yg mereka alami".
Cuba letakkan diri kita kt tmpt org yg kita judge tu, mungkin ade sebab kenapa dia buat cam tu. Kita tak tau ape2, so jgn pandai2 nk mengata. Try to put yourself in their shoes. then, u will know what actually they're going through. 

Thursday, 6 June 2013

~~Che' MOOD~~

assalamualaikum...

Eh, hari ni da 6/6 la...nx week exam...oh no!!!...byk lagi xde study..da tau asl x stdy??

Kenapa xnk study???...cer cter skit...hehe...jawapan lazim...XDE MOOD...

haila che' mood, tlg lah dtg...jgn la main sorok2...

Hai kau ni..nk study pn kena tggu ade mood?..tanya sorg kawan...
Of course la..klu xde mood x masuk la ape yg aku nk study...jawabku.

Ye sgt la tu...konon2 klu xde mood xmasuk la nk study...abis tu nk tggu sampai ble nk ade mood?? sampai abis exam??...baru che' mood nk dtg??..ha??..


Da la tu...jgn diikut sgt..tu bukan mood...tapi MALAS...hehe..

Study2...jgn bazir mase..x baik membazir la...amalan syaitan tu...

Try wat cani...confirm che' mood dtg..hehe


ok..good luck semua!!!...all da best for your exam...

Wednesday, 5 June 2013

Nutella

Assalamualaikum...

Ha...ckp pasal nutella ni...mesti ramai yg suka kan??...tp korg tau x ape kandungan nutella tu??...

Nutella x bleh di claim chocolate spread sbb kandungan cocoa dlm nutella skit je. Main ingredient die palm oil n hazelnut. Kita tertipu selama ni rupa2nye. 

Ape yg saya nk kongsi sbnrnye nutella ni bukanlah health food sbb die ade kandungan fat yg tinggi. Company yg wat nutella ni claim diorg gune modified palm oil. Modified palm oil ni sbnr nye refer pd saturated fat tp modified yg company ni maksudkan adlh trans-fat. Saturated fat ni kalau kita consume dlm amount yg sederhana die bagus sbb ade fungsi tertentu dlm badan tp trans-fat sgtla x baik utk kesihatan kte. Bleh mnyebabkan mcm2 penyakit cm heart disease cthnye. 

Tp kalau kte bace nutritional label die kate free trans fat. hakikatnye mmg ade trans fat tu. Ok..kenapa saya ckp cmtu...sbb palm oil tu melting point die sgt rendah about 33-37oC klu xsilap...n dekat2 nk sama ngn room temperature kan... So, utk memastikan nutella sentiasa in solid form kena la wat hydrogenation process. Bila tambah H byk2 jd la trans fat yg sgt buruk kesannya pada kesihatan kita. 

Jd, fikir2 la dlu sblm nk mkn nutella tu ye. Jgn igt die bagus cm chocolate sbb cocoa skit sgt dalam tu. Lebihnya minyak (palm oil).





Sunday, 2 June 2013

Hidup terasa bosan??

assalamualaikum...

Ada x kdg kita rasa bosannya hidup ni???...kalau ade tu cepat2 la kita buang perasaaan tu...cari something yg berfaedah yg bleh hilangkan rasa boring tu.


Bosan ni x leh nk ikut sgt...nnt 1 keje pun x jadi.

Ni saya nak kongsi 1 tip utk hilangkan kebosanan yg melanda diri..

Kalau bosan kan..kita wat je ape yg kita rase nak wat...nk tido ke..makan ke..atau ape2 je la...tapi jgn lupa lps wat tu...pikir yg positif je pasal perkara2 yg kita buat td...

Katakanlah korg tgk movie kan...cuba nilai ape benda2 positif yg korg leh dpt ble tgk cter tu..Percayalah kita boleh belajar byk benda dgn hanya menonton / mendengar kisah org lain.

Belajar tu x semestinye kena bukak buku. Kita pandang alam ciptaan Allah ni pun kita belajar sbnrnye. Cuma mcm mane kita pndg benda tu. Kena critical thinking la skit. Jgn amek mudah n pandang sekadar suka2 je. X guna la cmtu kan??...

Ha...lg 1...beberapa ari lepas sy ade bac 1 buku ni...mmg best la...tajuknya 'kyoumi no cikara'...kuasa minat...bila kita wat something yg kita mmg minat, i'allah xde istilah bosan dlm hidup kita. tapi pastikan minat tu menjadikan kita org yg positif dlm setiap tindakan ye...
Sy suggest korg baca buku ni klu nk tau pasal kuasa minat..


ok lah nak sambung wat assignment yg xsiap2 lg ni...

Renung2kan n selamat beramal...;)



Thursday, 30 May 2013

You are what you eat

assalamualaikum...

Baru lepas abis kelas nutrition and health. Ya Allah banyak betul ilmu baru yg kami belajar hari ni. Just nk share skit la. Of course la pasal food. 

Ni SUPERFOOD that we should consume everyday in order to ensure that our body is healthy:
Insyaallah dgn izin Allah jugak la.


  • Broccoli-sumber vitamin C (excellent source) n meningkatkan ketahanan badan (immune system) dlm badan
  • Oats-boleh mengurangkan risiko type 2 heart disease
  • Oranges-
  • Pumpkin (Labu)
  • Spinach (bayam)-rich in vit C, dietary fibre n carotenoids(baik utk mata); tapi bayam ni xleh makan byk2 sgt sbb high iodine content so bleh menyebabkan osteoporosis.
  • Tomatoes-
  • Tea ( tapi bukan teh tarik ye!!)-lower cholestrol level n release stress
  • Yogurt
  • Chocolate (esp dark chocolate)-high in anti-oxidant n lower blood pressure 
  • semua FRUITS esp yg warna merah, oren, and purple

 So, bila da tau ni..jom la kte mkn mknn yg bg kita kesihatan yg baik n menjauhkan kita dari penyakit. 

REMEMBER!!! 



ukhwah itu indah

assalamualaikum...

Buat pertama kalinya rajin nak update blog. X sampai 24 hours ade 2 post. hehe. Tapi post yg ini pendek je la. Kali ni pasal UKHWAH, especially between friends.

Ukhwah itu indah bila kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.






These are quotes that relate to ukhwah..i think  

mood~~ Already mid nite. so need to sleep... ;)

Wednesday, 29 May 2013

Aku dan Tuhanku

Ku basuh tangan dalam aliran air mutlak
Melafaz niat membasuh muka
Sambil dalam hati berdoa moga diputihkan muka di Mahsyar sana
Dan pohon tangan kanan yang kubasuh hingga ke siku
Bakal jadi penerima amalan selama di dunia
Dan ubun-ubun yang kualir wuduk padanya
Akan terlindung dari panas mentari yang sejengkal cuma
Juga kaki kanan bakal ditetapkan
Tika melintasi titian Siratulmustaqim
Merentangi neraka panas membara

Berdiri dalam balutan telekung putih bersih
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya
Berteleku antara dua sujud
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan
Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata

Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...


Monday, 4 March 2013

salah aku ke?

assalamualaikum...

bertemu di ruangan maya lagi..kali ini lepas ape yang saya sendiri da putuskan, saya yg rasa bersalah.

Saya xnak dia berharap pada sesuatu yg x pasti, so saya decide mintak die jgn contact saya lagi & saya da unfriend pun kat facebook. Mungkin kalau saya tanya pendapat kawan2 mesti ramai yang x setuju. kenapa biar dia tunggu almost 4 years n lastly wat keputusan yang mcm ni. 

Entahlah...saya xtau jawapan yang terbaik untuk soalan ni. " Kawan je la cam biasa"..itu antara kata2 sorg kawan saya. Kalaulah kalian faham apa yg saya rasa n fikir, mesti kalian akan sokong tindakan saya. Memang pada mulanya saya rasa x bagus apa yg saya buat ni...seolah-olah memutuskan silaturrahim sbb trus xnk kawan.. Tapi istilah 'kawan' untuk lelaki & perempuan yg memang pada awalnya da ada niat utk jadi lebih dari kawan akan kekal sampai bila agaknye ye??

Jadi, sebelum kita menyalahkan antara 1 sama lain lebih baik kte xyah kawan dulu wat masa ni. 

Sesungguhnya saya x mahu jatuh dalam jurang cinta yang murah. Saya xnak meletakkan rasa dalam hati pada seseorg yang belum halal untuk saya. Biarlah semua orang marah asalkan Allah xmarah. "Ini Semua Poyo"..hehehe...itulah yang saya rasa sebenarnya bila tulis camni...tapi..Allah knows everything.

Janganlah kita takut untuk melepaskan cinta yang tidak halal bagi kita hanya kerana takut lepas ni da xde org nak kat kita lagi...tapi yakinlah pada Allah.. Saya pernah terbaca dalam 1 artikel..." Sesungguhnya mereka yang mengharapkan manusia lebih dari berharap pada Allah, sedarlah bahawa keyakinan kita pada Allah belum cukup dalam lagi". Percaya n yakinlah pada Allah. Insyaallah Dia telah mengaturkan life planning yg terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.

 

Awak, saya tau awak selalu cuba jadi yang terbaik...berubahlah kerana Allah...kerana DIA pasti menyayangimu...jangan sesekali kau berubah kerana manusia, kelak nnt mereka akan pergi meninggalkanmu. 
Insyaallah segalanya ada dalam perancangan Yang Maha Mengetahui.  

Thursday, 28 February 2013

aku ingin menjadi penulis ( I want to be a writer)

assalamualaikum...


setelah hampir 2 bulan create blog, hari ni baru berkesempatan semula untuk menulis.Lihat saja pada title entri ini...Aku ingin jadi seorang penulis telah lama terpendam dalam minda dan pemikiran saya. Untuk membuat impian saya tercapai, saya create blog ini sebagai wadah untuk menulis apa sahaja yang saya fikir insyaallah dapat memberi manfaat kepada manusia di sekeliling saya, kerana sebaik-baik manusia adalah yang byk membari manfaat kepada manusia lain. saya cuba mencari peluang dari sudut manakah saya boleh berkongsi sedikit pengalaman dan pandangan yang ada bersama rakan2.

Untuk bercerita, mungkin saya kurang skill utk tarik perhatian audien untuk mendengar namun apabila menulis insyaallah suatu hari nanti pasti ada yang membaca. Selepas saya mendengar kata2 motivasi n ceramah daripada Prof Dr Muhaya, saya mula berazam untuk menjadi manusia yg byk manfaatnya pada ummah supaya apabila saya berada di luar dari alam dunia ini, sekurang-kurangnya saya pernah menitipkan sedikit kata2 yg saya harap dapat memberi impak positif dlm diri seorang insan. mengubah persepsi masyarakat bahawa yg selalu kena berdakwah adalah ustaz n ustazah sahaja tidaklah mudah tetapi seorang pakar mata telah membuktikan bahawa siapa pun kita didunia ini, kita ada peranan n tanggungjawab masing2. 

Never look down on power of one men ( jgn pernah memandang rendah pada tindakan seorang manusia). 


Dalam kita membuat sesuatu pekerjaan buatlah dgn ikhlas dan terbaik kerana INGATLAH Allah tidak menilai pada apa yg kamu dapat (hasil) tetapi Allah melihat apa yang kamu buat (usaha). Insyaallah saya akan sambung entri berikutnya. Moga Allah redha dgn perlakuan hamba yg sentiasa mengharapkn rahmat n kasih sayangNYA ini.

Wednesday, 2 January 2013

Aku Pengemis Cinta


Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.
 
Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.
 
Aku merayu,
Nyah kau cinta fantamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.
 
 
 
Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan goda nafsu ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.